Thursday 25 April 2013

23 April 2013

Belum sempat lebah-labah nak buat sawang, dah ada entri baharu lagi...hehe =) Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog saya ini. Entri saya kali ini pulak bertajuki 23 April. Apa yang dimaksudkan dengan 23 April ini? 23 April ini adalah ulang tahun kelahiran cikgu saya, cikgu Shahidah. Saya dan kawan-kawan 6 Atas Perniagaan telah membuat suprise party untuk beliau. Walaupun planning yer hanya lebih kurang 2 jam jer, tapi suprise party ni cukup meriah!...walaupun dilakukan ala kadar sahaja iaitu sebiji kek yang beratnya 1 kilogram dan beberapa botol minuman tapi ia cukup bermakna bagi kami semua kerana ini pertama kali buat suprise birthday party untuk guru kelas kami. Saya tak nak cakap banyak, jom lihat gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut berlangsung. Sekian, terima kasih!


Cikgu Shahidah, guru kelas kami (6AP)



KAMI




Model Pepsi...hehe




Diva Divana....hehe

Saturday 20 April 2013

Viva oh viva

Entri saya kali ini pasal viva. Bukan kereta yang perodua viva tu. Tapi pembentangan kajian subjek Pengajian Am dan Sejarah almaklumlah saya kan budak form six. Tidak sah kalau tiada kajian...haha. Sejak 2 minggu yang lepas, saya begitu sibuk pasal viva ini. Terpaksa berkampung di sekolah sampai jam 3 petang atau lebih. Bukan saya seorang saja tapi kawan-kawan pun turut sama. Sepanjang pembentang kajian kami itu berlangsung, banyak juga gelagat kawan-kawan saya yang sempat saya 'snap' dan ini lah hasilnya...





Cikgu saya yang tetap bersemangat



Sampai nak tertidur...hahaha








Sempat lagi berposing...haha


Gambar-gambar tersebut sekadar pengisian untuk entri kali ini. Sekian, terima kasih! =)

Career & Education Fair

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Bertemu kita lagi dalam entri terbaharu saya. Entri saya kali ini pasal Career & Education Fair. Pada 8 April 2013 yang  lalu sekolah saya (SMK Muhibbah) telah mengadakan pameran pendidikan dan kerjaya. Banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pameran ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar dan orang luar terutamanya daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Saya dan kawan turut tidak ketinggalan untuk melawati gerai-gerai pameran yang ada dalam pameran ini. Yang telah menarik perhatian saya ialah gerai pameran "kerjaya di awan biru" ataupun cabin crew/flight attenden...hehe. Kami telah diberikan penerangan serba-sedikit berkenaan kerjaya tersebut. Kata  urusetia tersebut, terdapat institusi yang menawarkan kursus ini. Para pelajar akan diajar kesemua berkenaan dengan pekerjaan tersebut dari cara berjalan, tatarias, hospitaliti dan yang paling penting ialah cara menghadapi sebarang situasi yang berlaku jika menghadapi kecemasan di kapal terbang. Selepas sahaja tamat kursus selama lebih kurang tiga bulan, lepasan institusi tersebut akan terus diserapkan ke mana-mana airlines untuk jawatan tersebut. Kos pengajian boleh tahan jugalah, dalam RM 3000 dari awal hingga tamat kursus....haha. Selain kursus nak jadi cabin crew ini, ada juga pameran daripada institusi pengajian awam seperti politeknik, giatmara dan kolej kejururawatan kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pameran kerjaya dan pendidikan ini amat bermanfaat. Dalam saya dan kawan-kawan melawat ke gerai-gerai tersebut, sempat juga saya 'snap' beberapa gambar sebagai lampiran entri kali ini. Sekian, terima kasih.


Guru dan kawan-kawan saya



Kolej Kejururawatan Sandakan






Posing dulu...hehe


Sunday 7 April 2013

Larian Hijau...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!

Sedar tak sedar kita telah amsuk ke dalam bulan April. Kita sudah berada lebing kurang suku tahun di tahun 2013.

Entri saya kali ini ialah Larian Hijau. Baru-baru ini, atau 6 April 2013 yang lepas sekolah saya telah menjalankan larian hijau. Objektifnya untuk meningkatkan kecergasan melalui sukan disamping menyahut seruan KPM. Larian ini bermula 6.30 pagi dan berakhir 11.00 pagi. Acara senamrobik mengambil tempat dan disusuli dengan aktiviti larian bermula. Pelepasan peserta dirasmikan oleh YB Au Kam Wah ADUN Elopura. Larian ini berlangsung diluar sekolah iaitu melalui kampung, kawasan perumahan dan sebagainya. Jaraknya lebih kurang 2 kilometer. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu lelaki A, lelaki B, perempuan A dan perempuan B. Para ibu bapa dan guru-guru turut mengambil tempat dalam larian ini dan guess what, saya dapat masuk dalam senarai 30 peserta yang telah menamatkan larian iaitu di tempat ke-21 jer....hehe. Tapi Alhamdulillah!... Habis saja program kami pun balik. Sampai jer rumah, kaki saya terus rasa sengal-sengal dan sakit-sakit. Al-maklumlah, sudah lama tidak berlari jarak jauh. Baiklah, sampai ini sahaja entri saya kali ini. Berikut merupakan gambar-gambar saya sempat saya tangkap semasa program berlangsung...Sekian, terima kasih!




Suasana sepanjang majlis penutupan Larian Hijau


Milo pun ada...hehe. Terima kasih Milo!


Pengacara majlis penutupan



Kawan-kawan 6 Atas Perniagaan