Sunday 15 June 2014

KLIHF 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ahlanwasahlan Ya Ramadan. Lebih kurang 2 minggu lagi, seluruh umat Islam di seluruh dunia ini akan menyambut kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak. Tak sedar kita telah berada dipertengahan tahun 2014. Cepat betul masa berlalu. Entri saya kali ini bukanlah masa tapi KLIHF 2014. Apakah KLIHF tersebut?. KLIHF itu ialah Kuala Lumpur International Hijab Fair yang telah diadakan pada 13 - 15 Jun 2014 di PWTC Kuala Lumpur. Dalam kata lain ini adalah pameran hijab bertaraf antarabangsa. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk mengunjungi fair ini. Saya cuma melawat jer, tak beli pun...hehe. Selain pameran pelbagai jenis hijab daripada pengusaha tempatan dan luar negara, diadakan juga bual bicara ataupun talk yang disampaikan oleh motivator yang diketahui ramai seperti Prof Muhaya, pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal dan juga selebriti Heliza Helmi. Selain dapat menjana pendapatan pengusaha pakaian muslimah tempatan namun juga dapat menarik perhatian lebih ramai para wanita di luar sana untuk mengenakan hijab. Baiklah setakat ini sahaja entri saya buat kali ini. Sebelum itu, sempat jugak saya snap beberapa gambar dari pameran tersebut. Sekian dan terima kasih 


Pendaftaran...ramai giler...haha


Borang pendaftaran...yuran sebanyak RM 1 dikenakan


Plan kiosk pameran


Bual bicara produk kecantikan



Salah satu pengusaha tempatan yang mengambil tempat