Saturday 20 April 2013

Career & Education Fair

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Bertemu kita lagi dalam entri terbaharu saya. Entri saya kali ini pasal Career & Education Fair. Pada 8 April 2013 yang  lalu sekolah saya (SMK Muhibbah) telah mengadakan pameran pendidikan dan kerjaya. Banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pameran ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar dan orang luar terutamanya daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Saya dan kawan turut tidak ketinggalan untuk melawati gerai-gerai pameran yang ada dalam pameran ini. Yang telah menarik perhatian saya ialah gerai pameran "kerjaya di awan biru" ataupun cabin crew/flight attenden...hehe. Kami telah diberikan penerangan serba-sedikit berkenaan kerjaya tersebut. Kata  urusetia tersebut, terdapat institusi yang menawarkan kursus ini. Para pelajar akan diajar kesemua berkenaan dengan pekerjaan tersebut dari cara berjalan, tatarias, hospitaliti dan yang paling penting ialah cara menghadapi sebarang situasi yang berlaku jika menghadapi kecemasan di kapal terbang. Selepas sahaja tamat kursus selama lebih kurang tiga bulan, lepasan institusi tersebut akan terus diserapkan ke mana-mana airlines untuk jawatan tersebut. Kos pengajian boleh tahan jugalah, dalam RM 3000 dari awal hingga tamat kursus....haha. Selain kursus nak jadi cabin crew ini, ada juga pameran daripada institusi pengajian awam seperti politeknik, giatmara dan kolej kejururawatan kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pameran kerjaya dan pendidikan ini amat bermanfaat. Dalam saya dan kawan-kawan melawat ke gerai-gerai tersebut, sempat juga saya 'snap' beberapa gambar sebagai lampiran entri kali ini. Sekian, terima kasih.


Guru dan kawan-kawan saya



Kolej Kejururawatan Sandakan






Posing dulu...hehe


No comments:

Post a Comment