Sunday 7 April 2013

Larian Hijau...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!

Sedar tak sedar kita telah amsuk ke dalam bulan April. Kita sudah berada lebing kurang suku tahun di tahun 2013.

Entri saya kali ini ialah Larian Hijau. Baru-baru ini, atau 6 April 2013 yang lepas sekolah saya telah menjalankan larian hijau. Objektifnya untuk meningkatkan kecergasan melalui sukan disamping menyahut seruan KPM. Larian ini bermula 6.30 pagi dan berakhir 11.00 pagi. Acara senamrobik mengambil tempat dan disusuli dengan aktiviti larian bermula. Pelepasan peserta dirasmikan oleh YB Au Kam Wah ADUN Elopura. Larian ini berlangsung diluar sekolah iaitu melalui kampung, kawasan perumahan dan sebagainya. Jaraknya lebih kurang 2 kilometer. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu lelaki A, lelaki B, perempuan A dan perempuan B. Para ibu bapa dan guru-guru turut mengambil tempat dalam larian ini dan guess what, saya dapat masuk dalam senarai 30 peserta yang telah menamatkan larian iaitu di tempat ke-21 jer....hehe. Tapi Alhamdulillah!... Habis saja program kami pun balik. Sampai jer rumah, kaki saya terus rasa sengal-sengal dan sakit-sakit. Al-maklumlah, sudah lama tidak berlari jarak jauh. Baiklah, sampai ini sahaja entri saya kali ini. Berikut merupakan gambar-gambar saya sempat saya tangkap semasa program berlangsung...Sekian, terima kasih!




Suasana sepanjang majlis penutupan Larian Hijau


Milo pun ada...hehe. Terima kasih Milo!


Pengacara majlis penutupan



Kawan-kawan 6 Atas Perniagaan

No comments:

Post a Comment