Wednesday 6 February 2013

'My Beautiful Malaysia'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sudah 37 hari kita berada dalam tahun 2013. Adakah azam tahun baharu yang kita hajati 1 Januari lalu sudah tercapai?...azam tahun baharu saya tahun ini nak jadi berisi sedikit....tapi tak ada perubahan apa pun, badan masih jugak kurus kering...hehe. Entri saya kali ini bukanlah pasal azam tahun baharu, tapi pasal program 'My Beautiful Malaysia'. Pernah dengar pasal program tu? Program tu ada kaitannya dengar 'IM4U' kalau tak silap. Mesej yang hendak disampaikan melalui program 'My Beautiful Malaysia' adalah untuk menyampaikan semagat kesukarelawan dalam kalangan beliau sehubungan dengan tahun 2013, tahun kesukarelawan. Program ini telah dilaksanakan seluruh Malaysia pada 3 Februari 2013 yang lalu. Sehubungan dengan itu, daerah Sandakan, daerah asal saya tidak ketinggalan untuk melaksanakan program ini. Bertempat di Padang Bandaran Sandakan, program ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Datuk Peter Pang, Adun Karamunting. Sebelum beliau merasmikan program peringkat daerah ini, acara seperti senamrobik dan zumba telah diadakan pada awal pagi. Best!!....walaupun agak penat dan semput tapi amat menyeronokkan disamping dapat mengeluarkan peluh yang banyak...agak lama jugak saya tidak berpeluh dengan banyak ini...hehe. Selepas majlis perasmian, acara pun bermula. Sekolah saya telah dijemput oleh PPD Sandakan untuk menyemarakkan lagi program ini selain sekolah-sekolah lain di daerah Sandakan dan agnesi-agensi kerajaan yang lain. Kami telah menghantar sebanyak 27 orang pelajar termask saya un tuk menyertai program ini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan dari sekolah saya telah diarahkan untuk membersihkan kawasan di sekitar bandar Sandakan. Prorgram ini berakhir sekitar pukul 1 tengahari. Waluapun kami agak penat dan berasa agak malu apda awalnya, namun pengalaman membersihkan bandar ini amat menyeronokkan dapat ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan paling baik sekali kami dapat mengumpul markah untuk aktiviti kokurikulum kami. Berikut gambar sepanjang aktiviti saya saya dapat tangkap untuk tatapan para pembaca sekalian. 


Rakan-rakan 6 Atas Perniagaan 


Senamrobik 


Rakan-rakan sekolah yang lain


PLKN Sandakan 


Senamrobik ala Zumba


Banner 'My Beautiful Malaysia'


Saya yang berbau masam selepas senamrobik...hehe



Pembersihan dengan bantuan Jabatan Bomba Malaysia



'Candid moment'...hehe


Rakan-rakan dari sekolah lain, St. Mary, Sandakan


Sekian, saya entri dari saya buat kali ini. Terima kasih kerana membaca! =)