Monday 18 November 2013

Makan Steamboat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hye guys...berjumpa lg dlm blog ini. tak sampai pun 24 jam ada lg entri baharu. laju jer...mentang-mentanglah dh habis exam dan habis sekolh kata kan...haha. hari ini entri sya pasal makan-makan. hari sabtu yg lepas bersamaan 16/11/12 tu, saya dan rakan-rakan kelas 6 AP yg lain telah mengadakan jamuan akhir tahun dan jamuan perpisahan kelas kitaorg di Ocean Steamboat Restaurant kat Bandar Ramai-Ramai, Sandakan. jamuan kitaorg ni simple dan santai jer...tak formal pun....haha. kami ada juga menjemput guru-guru yg ajar kmi, tetapi semuanya ada komitmen masing-masing, jd tak dpt lh nak join. yg ada pun dtg guru Pengajian Am kmi and of course our beloved tcher, guru kelas kitaorg datang bersama anaknya...hehe. nasib jer malam tu tak hujan, sbb pagi yer hujan, kalu hujan tak tau lh. mesti kitaorg basah kuyup....haha Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dgn apa kami rancang. pada malam tu, kitorg semua happy go lucky...maklumlah semuakan dh habis exam dan tamat sekolah....mestilah happy!...haha. utk jamuan tu kami hanya bayar RM 24 jer....makan lh banyak mana pun, harganya tetap RM 24, tapi tidak boleh bawa balik ...dh steambot katakan...hehe. di samping steamboat, ada juga makanan sampingan sprt nasi gorang, mee gorang, kari tauhu, dan juga kegemaran ramai iaitu aiskrim! pada malam tu, macam-macam sy makan. ketam, udang, sotong, fishball, eh macam-macam lh...macam kata astro, 'macam-macam ada!'....hehe. semua makan cara masing-masing, tema santai kn....tak paya nak formal sangat mcm kat hotel. jamuan tu start pukul 7 malam dan habis lebih kurang 9 malam. sempatlah juga saya snap beberapa foto masa makan dan hbis makan. walaupun jamuan kitaorg ni tak dibuat di tempat-tempat yg grand2 mcm kat hotel tp kami semuanya happy sangat-sangat!!...jamuan ni juga merupakan perjumpaan sekelas kami yg terakhir, lepas ni tak tau bila nak jumpa mcm ni lg kerana selepas ni semuanya akan membawa haluan masing-masing. saya berharap keakraban kmi ni akan bertahan sampai bila-bila.kehidupan belajar di form 6 ini merupakan kenangan yg tidak dpt dilupakan In sha allah. mcm biasalh apa2 entri mesti ada gambar. tengoklah...sekian terima kasih..


jejaka 6 AP...hehe




yum...yum



Saya bersama dgn guru Pengajian Am (kiri) dan guru kelas kami (kanan) 


Bersama dgn jelitawan 6 AP...hehe


Sunday 17 November 2013

Saya telah habis Pra-U

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera....

Lama rasanya saya tidak membuka blog ku....labah-labah pun boleh bersarang sudh...haha....ndak pa...Alhamdulillah, sy telah tamat pengajian prauniversti di SMK Muhibbah...baru PRA ya, belum lagi U...hehe. pada bulan lepas iaitu pada 12 oktober 2013, program kecemerlangan kokurikulum dan hari graduasi pra-u telah diadakan di Dewan Hasil, LHDN, Sandakan. grand juga lh majlis tu. majlis ini diadakan utk meraikan kmi, pelajar 6 atas yg telah habis pengajian....pelajar 6 rendah jangan marah!!...tahun depan bru giliran kmu....hehe.... ADUN Elopura YB Datuk Aw Kam Wah telah merasmikan majlis tu....DATUK ok!!...beliau dah dapat gelaran tu baru jer...syukur. dalam majlis tu pelbagai perkara telah dilaksanakan antaranya ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En. Malin Manni yg juga guru pra-u disekolah sy sendri...beliau merupakan seorang guru yang periang dan paling GLAMOR kat sekolh tau....hehe. motivasi yg telah diberikan oleh beliau amat bermanfaat buat kmi semua. selain itu, ada juga persembahan yang telah dipersembahankan oleh para pelajar sendiri sprt tarian jawa asmaradana, muzikal dan persembahan string....persembahan2 ini telah memukau hadirin yg hadir. anugerah akademik dan kokurikulum telah disampaikan dan sya sendiri merupakan penerima anugerah tersebut....bangganya aku...(poyo yerrr aku)....hahahaha. acara kemuncaknya adalah penyampaian sijil graduasi dan sekuntum mawar yg telah disampaikan oleh puan pengetua....Alhamdulillah, setelah lebih kurang 1 setengah di Prauniversiti SMK. Muhibbah, kini saya telah tamat menjadi salah sorang pelajarnya. kalau ada rezeki, saya nak sambung ke peringkat yg lebih tinggi iaitu degree. saya berharap perkara yang saya telah alami ini akan berulang kembali pabila berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...In sha allah!! =) sperti biasa adalah sedikit gambr utk tatapan semua...sekian, terima kasih! =)