Sunday 23 March 2014

Jalan-jalan

Berhabukya blog ku ini. Lama sudah tidak dibuka...hehe. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menjadi pengikut dan membaca blogku ini. Tahun 2013 sudah 82 hari kita tinggalkan, harap tahun 2014 ini menjadikan kita lebih baik dari tahun lepas. Ini merupakan entri saya yang pertama untuk tahun ini. Pada khamis yang lepas, keputusan STPM 2013 sudah diumumkan. Maka segala gundah-gulana yang mengacau minda dan hati terjawablah sudah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT saya mendapat keputusan yang cemerlang  iaitu 2B+, 1B dan 1B- atau 3.08 PNGK (pointer). Walaupun ini bukan keputusan sebenar saya kerana saya telah mengambil kertas ulangan Penggal 3, namun saya bersyukur kepada pointer 3.08 sudah berada di dalam tangan saya. Walaupun tidak mencapai poniter 4.00, namun saya tetap besyukur kepada mendapat keputusan yang amat baik iaitu berada di tahap pointer 3. Selepas sahaja mengambil keputusan saya dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk berjalan-jalan. Maklumlah, sudah lama tidak berjalan dan berkumpul bersama. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang bekerja, membantu keluarga dan sebagainya. Kami melepak di Champs Boling. Main boling lah katakan...hehe. Kami sebenarnya tidaklah pandai bermain boling tetapi kami main jer lah. Asalkan happy...haha. Main punya main, lapar pulak. Kami pun pergi makan di KFC di bandar Sandakan. Macam-macam cerita kami borak dari pelajaran hinggalah 'bergosip'...haha. Semuanya happy sakan...hehe. Hari makin mencemburui kami, siang pun hendak melabuhkan tirainya. Kami pun mengambil keputusan untuk balik ke rumah dengan perasaan yang gembira. Seperti biasalah setiap entri ada gambar sisipan, kalau sudi tengoklah...hehe. Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Kawan-kawan saya!





Comel tak kak Ton?...hahahaha