Friday 4 April 2014

Perancangan masa depan....kerja terus atau sambung belajar dahulu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Selamat datang April 2014. Entri terbaharu saya kali ini adalah berkenaan perancangan masa depan. Syukur alhamdulillah, saya telah mencecah umur 20 tahun. Dalam usia 20 tahun ini, orang kata kehidupan yang sebenar baru sahaja bermula. Kehidupan berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa terutamanya kedua-dua ibu bapa. Dalam usia 20 tahun ini, sudah boleh untuk cari makan sendiri. Tapi dalam masa yang sama juga, usia ini amat sesuai untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kata orang minda kita masih lagi fresh dalam umur sebegini. Termasuklah juga saya, saya sedang memikirkan antara kerja terus atau sambung belajar dahulu. Baru-baru ini, kawan saya ada post satu jawatan kosong di sebuah syarikat penerbangan terkenal ini, bekerja di awan birulah katakan, jadi pramugara/pramugari. Sejujurnya, saya memang menyimpan cita-cita untuk menjadi pramugara sejak di bangku sekolah rendah lagi. Apabila saya melihat advertisement tersebut, hati saya berbuak-buak untuk menghadiri interviewnya itu dan untuk bekerja di awan biru.  



Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia- Air Asia


Syarikat Penerbangan Kebanggaan/Kebangsaan Malaysia- Malaysia Airlines (MAS)


Tapi dalam masa yang sama saya juga, saya menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Keinginanan ini bertambah kuat berbekalkan keputusan STPM saya yang amat membangga. Universiti Sains Malaysia merupakan universiti yang saya cita-citakan untuk melanjutkan pelajaran sejak di bangku sekolah rendah lagi. 

 





Universiti Sains Malaysia. Universiti pilihanku. In sha allah! 


Oleh itu, ada dua perkara yang bermain di minda saya pada ketika ini. Adakah saya patut melanjutkan pelajaran ke menara gading ataupun terus bekerja mengejar cita-cita yang saya inginkan? Ataukah saya tidak mencapai kedua-duanya sekali? Namun, jauh di sudut hati saya, apa yang saya boleh katakan sekarang adalah saya hanya mampu berdoa, saya berserah semua kepada yang Allah Maha Esa. Perancangannya lebih baik daripada perancangan manusia. In sha allah apa yang saya rancangkan dimakbulkan oleh-Nya. Kepada semua pembaca saya, doakan yang terbaik untuk saya ya! Sekian sahaja entri saya pada kali ini. Oh ya sebelum itu, thanks kepada pemilik gambar hiasan di atas yang telah saya 'rompak' dari google...hehe. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment