Sunday 6 April 2014

Otak sihat minda cergas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Entri saya kali ini pasal beriadah. Setiap petang ahad, Kompleks Sukan Sandakan dibanjiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang datang untuk bersukan mahupun beriadah bersama keluarga. Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk melakukan aktiviti riadah di kompleks sukan ini. Menurut pemerhatian saya, kawasan kompleks sukan ini amat indah dan nyaman kerana dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau. Selain itu, pemandangan pun cukup indah. Kemudahan seperti kolam renang, bilik gymnasium dan sebagainya yang tersedia di kompleks sukan ini amat memuaskan. Bagi saya, tempat ini merupakan kawasan yang sesuai untuk berjoging dan melakukan aktiviti senaman. Di samping melakukan aktiviti berjoging, berenang dan sebagainya setiap hari ahad petang sekitar pukul 5 petang akan diadakan senaman zumba yang dikendalikan oleh instruktur zumba yang bertauliah. Aktiviti berzumba ini dilakukan secara percuma kepada pengunjung kompleks sukan ini. Orang ramai tidak membazirkan peluang yang ada ini. Aktiviti ini merupakan salah satu acara wajib dan ditunggu-tunggu oleh pengunjung kompleks sukan pada setiap hari ahad petang. Keseronokkan terpancar daripada setiap orang yang mengikuti aktiviti berzumba ini. Selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti berzumba ini dapat meningkatkan keyakinan diri walaupun aktiviti ini yang dilakukan secara terbuka di dataran kompleks sukan ini. Biarlah orang nak kata, yang penting enjoy dan seronok. Seperti biasa, setiap entri baharu mesti ada gambar hiasan. Sekian, terima kasih



Dataran Komples Sukan Sandakan




Aku dan sepatu Nike


Zumba time!

No comments:

Post a Comment