Thursday, 14 March 2013

Baucar oh Baucar...

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Entri saya kali ini pasal baucar. Pada hari sabtu lepas (02/03/13), kami dapat baucar buku kami...RM 250....Massyyukkk!!... Tahun lepas RM 200 jer, tapi kali ini RM 250...extra RM 50....walaupun hanya RM 50 jer, tapi berbaloi lah juga...boleh beli macam-macam, apatah lagi student macam saya ni nak pakai banyak duit, tiap-tiap penggal terpaksa beli buku baharu sebab sistem STPM sekarang dah berubah iaitu sistem modular, tak macam dulu iaitu sistem terminal yang sekali jer exam. Sekarang tiap-tiap penggal ada exam dan tiap-tiap penggal silibus dan buku baharu menanti...Dapat jer baucar tu, on the spot saya ke kedai buku untuk booking buku penggal 3....takut kelambatan dan terlupa nak tebus pula nanti. Di samping buku, ada juga 'hasil tangkapan lain' saya tangkap menggunakan baucar buku tu.... Apa-apa pun saya amat bersyukur dengan pemberian baucar buku ini...Syukur Alhamdulillah....Sekian, terima kasih =)




Baucar oh Baucar....hehehe


 'Hasil tangkapan di kedai buku tempoh hari'...hehe

Wednesday, 6 February 2013

'My Beautiful Malaysia'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sudah 37 hari kita berada dalam tahun 2013. Adakah azam tahun baharu yang kita hajati 1 Januari lalu sudah tercapai?...azam tahun baharu saya tahun ini nak jadi berisi sedikit....tapi tak ada perubahan apa pun, badan masih jugak kurus kering...hehe. Entri saya kali ini bukanlah pasal azam tahun baharu, tapi pasal program 'My Beautiful Malaysia'. Pernah dengar pasal program tu? Program tu ada kaitannya dengar 'IM4U' kalau tak silap. Mesej yang hendak disampaikan melalui program 'My Beautiful Malaysia' adalah untuk menyampaikan semagat kesukarelawan dalam kalangan beliau sehubungan dengan tahun 2013, tahun kesukarelawan. Program ini telah dilaksanakan seluruh Malaysia pada 3 Februari 2013 yang lalu. Sehubungan dengan itu, daerah Sandakan, daerah asal saya tidak ketinggalan untuk melaksanakan program ini. Bertempat di Padang Bandaran Sandakan, program ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Datuk Peter Pang, Adun Karamunting. Sebelum beliau merasmikan program peringkat daerah ini, acara seperti senamrobik dan zumba telah diadakan pada awal pagi. Best!!....walaupun agak penat dan semput tapi amat menyeronokkan disamping dapat mengeluarkan peluh yang banyak...agak lama jugak saya tidak berpeluh dengan banyak ini...hehe. Selepas majlis perasmian, acara pun bermula. Sekolah saya telah dijemput oleh PPD Sandakan untuk menyemarakkan lagi program ini selain sekolah-sekolah lain di daerah Sandakan dan agnesi-agensi kerajaan yang lain. Kami telah menghantar sebanyak 27 orang pelajar termask saya un tuk menyertai program ini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan dari sekolah saya telah diarahkan untuk membersihkan kawasan di sekitar bandar Sandakan. Prorgram ini berakhir sekitar pukul 1 tengahari. Waluapun kami agak penat dan berasa agak malu apda awalnya, namun pengalaman membersihkan bandar ini amat menyeronokkan dapat ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan paling baik sekali kami dapat mengumpul markah untuk aktiviti kokurikulum kami. Berikut gambar sepanjang aktiviti saya saya dapat tangkap untuk tatapan para pembaca sekalian. 


Rakan-rakan 6 Atas Perniagaan 


Senamrobik 


Rakan-rakan sekolah yang lain


PLKN Sandakan 


Senamrobik ala Zumba


Banner 'My Beautiful Malaysia'


Saya yang berbau masam selepas senamrobik...hehe



Pembersihan dengan bantuan Jabatan Bomba Malaysia



'Candid moment'...hehe


Rakan-rakan dari sekolah lain, St. Mary, Sandakan


Sekian, saya entri dari saya buat kali ini. Terima kasih kerana membaca! =)

Tuesday, 15 January 2013

19 tahun

assalamualaikum dan salam sejahtera...


hye semua! sudah 15 hari kita berada di tahun 2013...ini merupakan entri pertama saya d tahun 2013 ini...hehehe =) Entri saya kali berkenaan dengan '19 tahun'. kenapa dengan '19 tahun'?...hari ini 15 januari 2013, saya genap berusia 19 tahun. syukur alhamdulillah!...tak saya sedari saya sudah menghampiri 20 tahun...dah tua lah katakan!....hehe. Tadi masa di sekolah ramai kawan-kawan wish saya 'happy birthday' termasuklah guru-guru. siap menyanyi lagu happy birthday lagi...hehe...tidak kurang juga hebatnya dalam FB...hehe. Walaupun tiada sebarang hadiah yang saya dapat, namun saya tetap gembira dan bersyukur atas ucapan selamat hari lahir yang diucapkan...perkara yang lebih mengembirakan saya adalah mendapat sms wish happy birthday daripada kawan-kawan saya yang belajar di Matrik, Labuan...walaupun jauh namun mereka tetap ingat birthday saya.... terima kasih semua!! HAPPY BIRTHDAY MUSA!!!...hehe... sekian =)

Monday, 31 December 2012

Tahun baharu

assalamualaikum dan selamat sejahtera...



entri saya kali ini pulak mengenai tahun baharu 2013. pejam celik-pejam celik, tanpa kita sedari tahun 2012 akan meninggalkan kita semua. banyak kisah suka dan duka telah berlaku di sepanjang tahun 2012 ini dalam diri masing-masing begitu juga dengan saya. namun, perkara yang telah lepas, biarkan berlalu, jangan dikenang lagi. ini mungkin merupakan entri terakhir saya buat tahun ini dalam banyak-banyak entri yang saya buat p/s banyaklah sanggattt, baru 5 entri...hehe. maklumlah nak tahun baharu..dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari saya, memohon jikau ada entri saya yang telah menguris perasaan para pembaca walaupun blog ini mengenai diri saya. terima kasih, salam hormat dan selamat tahun baharu 2013!

Tuesday, 4 December 2012

Teman

Assalamualaikum....entri sy kali ini pulak berkenaan teman. Teman, rakan atau kawan mempunyai byk cabang jenis iaitu teman baik@karib, teman sebaya, teman istimewa dan teman tapi mesra...eh, mcm tajuk lagu pulak!....hehe. Mlm semalam, dlm jam 11 mlm, sy telah terima satu mesej. Rasa pelik juga, siapa lh yg meng-sms malam2 buta mcm ni. Tup tup, kawan lama satu sekolah dulu rupanya yg meng-sms. Skrg dia di matriks Kedah. Alhamdulillah, ingat juga dia dgn aku, walaupun kmi dulu bukanlah kawan karib. Walaupun dia nun jauh di utara sana, ingat juga dia sama aku dan jugak kawan2 yg lain di Sabah ini. Facebook menjadi jaringan persahabatan. Dlam entri sy kali ini, gambr sy dan rakan sekelas jd tatapan para pembaca. Lihat lah kalu sudi...sekian dan terima kasih!





Sunday, 2 December 2012

Liburan

Assalamualaikum dan hai...lamanya sudah sy tidak menulis catatan dlm blog. tidak sedar sudh bulan 12...tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.  cakap pasal bulan 12 ni, sudh tentu ramai tahu ia merupakan bulan cuti bg para pelajar sekolah....hehe...kalau sudh cuti ni, mesti ramai yang akan "Berwisata"......baru-baru ini, sy bru sahaja balik dr bercuti...bercuti di  seberang laut...haha....overseas lh katakan....hehe...tana toraja, palopo dan pare-pare di Indonesia tempat sy bercuti kali ni...syoklah juga, dpt jalan-jalan, makan angin...hehe....buat para pembaca blogku yg tidak seberapa ini, berikut merupakan gambar-gambar di tempat sy berwisata ataupun dlm Bahasa Melayu bermaksud bercuti...



Tugu Pongtiku....(Pongtiku merupakan seorang pahlawan di Tana Toraja)



Kota Rantepao









Monday, 30 April 2012

Sekolahku Syurgaku

Hai, jumpa lg kita dlm blog ku yang x seberapa ini..hehe. Tajuk blog ku kali ni ialah "sekolahku syurgaku". Kenapa tajuk ni? apa kes dgn tajuk ni?...mcm ni pagi td sy baru sahaja melawat skolh lama sy iaitu SMK. Muhibbah. Dtg nak ambil surat tamat sekolh. Datang2 jer kerani yang memberi dokumen tersebut tiada. Malang nasib aq hari ni...hehe. Tp tak pe...memandangkan aq dh d sekolh tu, aq pun jalan2 lh sekitr sekolh tu. Sy tak bersendirian...kawan temankn sy round sekolh ni...hehe. Pada 16 Mei lepas, sekolh ni dh start sekolh satu sesi. sbb bangunan baru pun dh siap.Jd, aq pun ambil keputusan nak jalan2 d sekitr sekolh ni...cuci2 mata lh katakan, tengok bangunan baharu skolh ni...boleh tahan jugak bangunan baru sekolh ni....cantik dan reka bentuk nya bercirikan moden...agak besar jugak lh. Dalam sy melawat sekolh ni, ada jugak sy terjumpa dgn beberapa org guru yg pernah ajar sy dulu. Biasa lh kalu sudh berjumpa ada jer topik yg dibualkn...hehe. Jalan punya jalan, lawat punya lawat dh hampir 2 jam jugak sy kat skolh tu. Sy pun ambik keputusan nak balik....hehehe. Gambar "lawatan" ada sy upload...tenok lh klau sudi...hehe.. Bye! =)


Bangunan baharu sekolah

Bilik guru bangunan baharu...serba moden =)
Kiosk Program Usahawan Muda...tempat sy "BEKERJA".dulu..hihi =)

My favourite teacher!! (Dr kiri- cikgu BI, cikgu Kimia, cikgu BM)...Like u all!!...hehe =)